SET BERSALIN HERBANIKA NONA ROGUY (NR) 


Promosi Online: RM300
Free Bengkung ZigZag utk ibu
CALL/WHATSAPP: 017-3640859


Mengandungi : 

* PhytoNatal - dalam bentuk tablet untuk dimakan

* Akar Herbanika - dalam bentuk paket dan perlu dicampur air untuk diminum

* Minyak Herbanika - minyak sapuan pada perut, pinggang dan badan
* Herbanika barut - sapuan pada perut dan pinggang
* Uncang Cuci Herbanika - untuk jagaan kebersihan dan kesegaran wanita
* Herbanika Lulur - untuk menyental kulit, kehalusan dan kebersihan kulit
- PhytoNatal - 90 biji
- Akar Herbanika - 10 paket
- Minyak Herbanika - 100 ml
- Herbanika barut (krim) - 60gm
- Uncang Cuci Herbanika - 10 paket
- Herbanika Lulur - 100gm

+ Bengkung ZigZag (bernilai RM50.00)
Diperbuat dari kain Belacu bermutu tinggi, tebal dan corak warna merah hati (maroon) dibahagian tengah supaya tidak mudah kotor bila terkena minyak atau krim herba.

Praktikal dan mudah untuk buang airi kecil.

Boleh pilih jika mahu warna polos atau merah hati (maroon) dibahagian tengahnya.

Mudah diselaras

6 DALAN 1 SET LENGKAP BERSALIN HERBANIKA NR

Minyak Herbanika - 100ml
Fungsi:
Untuk membantu menguatkan otot perut dan buah dada, mengurangkan kesan regangan atau pecah-pecah dikulit semasa mengandung. Ia juga melancarkan peredaran darah disamping memastikan badan ibu yang baru bersalin sentiasa hangat.

Cara Pakai:
Lakukan urutan secara putaran sehingga minyak meresap ke liang kulit. Sapu setiap kali selepas mandi.



Uncang Cuci. – 10 pek uncang

Fungsi:
Ia bertindak sebagai antiseptic yang membantu mempercepatkan penyembuhan luka jahitan supaya ibu terhindar dari risiko jangkitan kuman.Ia juga di buat mandian yang berfungsi menyegar dan menghilangkan bau badan semasa berpantang



Phytonatal ~ Tablet 90 biji
Fungsi:
Untuk melawaskan pembuangan air besar serta menyingkirkan toksin yang lama terkumpul di dalam badan.Ini secara tidak langsung akan mempercepatkan proses penurunan berat badan. Masalah sembelit jika tidak diatasi akan menyebabkan luka pada jahitan.

Cara Makan:
Ambil selepas makan pagi mengikut sistem kelawasan anda. Kelawasan normal –2 biji Sensitif– 1 biji Sembelit – 3 biji


Akar Herbanika- (10 Pek Uncang)
Fungsi:
Menambah khasiat pemakanan dan menyegarkan badan ibu yang baru bersalin. Memperbanyakkan pengeluaran air susu, yang mana susu ibu adalah susu terbaik di dunia dan susu pertama ibu (colostrums) adalah satu keajaiban untuk metabolisme badan bayi.

Cara Minum:
1 pek Akar Herbanika di rendam dalam 1 teko air panas yang mendidih dapat digunakan semula untuk tempoh 3 hari. Minum 3 kali sehari iaitu pagi, petang dan malam. Boleh dicampur dengan madu untuk menambah keharuman, rasa dan khasiatnya.
Fakta: Susu ibu dapat membantu mempercepatkan tumbesaran bayi, dapat memperbaiki sistem imun bayi serta zat dan vitamin dalam susu ibu lengkap untuk keperluan tumbesaran bayi. Proses penyusuan juga dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman akibat proses bersalin.

Herbanika Lulur – 100 gm
Fungsi:
Untuk menyental daki dan kulit yang kehitaman dan kasar semasa mengandung. Dapat menghaluskan kulit dan menyegarkan tubuh badan.

Cara Pakai:
Anggaran penggunaanya antara 1-2 sudu besar penuh.Lulur ini di gunakan satu kali seminggu dan boleh di gunakan semalam 1 bulan.


Herbanika Barut - 60gm
Fungsi:
Untuk memperkemaskan perut yang menggeleber selepas bersalin dengan menyapu disekeliling pinggang dan pinggul. Ia juga menguatkan semula otot-otot perut dan pinggul yang kendur ketika menampung bayi di dalam kandungan. Pertambahan berat badan yang banyak ketika proses mengandung juga menyumbang kepada masalah perut menggeleber.

Cara Pakai:
Sapu disekeliling perut dan pinggul setiap kali selepas mandi. Selepas itu gunakan bengkung atau barut

KEPERLUAN BENGKUNG IBU DALAM PANTANG

"Bengkung untuk Ibu pantang bersalin dan kecantikan badan"

Berikut adalah beberapa persoalan yang ingin anda tahu tentang bengkung...

1) Perlukah saya memakai bengkung?
Mengikut ilmu perbidanan moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut. Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor iaitu dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna.

2) Bagaimanakah ciri-ciri bengkung yang baik?
Bengkung yang baik adalah bengkung yang mempunyai diameter yang panjang menutupi daripada paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim. Diameter bengkung yang pendek akan menyebabkan ia mudah terangkat ke atas.
Ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan. Di bahagian pinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar. Ia juga akan membatasi pergerakan anda dan akan lebih berhati-hati apabila bergerak.

3) Berapa lama perlu memakai bengkung ketika dalam pantang?
Ketika dalam pantang bengkung seelok-eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika mandi. Ianya mula dipakai dari hari ke-4 sehingga habis tempoh pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki selepas tempoh pantang. Sebaik-baiknya anda mempunyai 2 helai bengkung agar dapat menukar bengkung untuk membersihkannya. Kebersihan amat penting agar tidak timbul masalah lain seperti kegatalan atau kerengsaan pada kulit.

4) Bolehkan saya memakai bengkung selepas pembedahan?
Anda perlulah mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memakai sebarang bengkung. Terdapat bengkung yang mempunyai ciri-ciri tertentu (seperti bengkung strap-on) yang boleh dipakai selepas pembedahan. Pastikan ciri-ciri ini adalah sesuai untuk anda. Bengkung yang tidak mempunyai ciri-ciri khas hanya boleh dipakai selepas luka sembuh atau atas nasihat doktor anda (selepas 2 minggu atau lebih)

5) Bagaimana pemakaian bengkung dapat membantu saya?
Pemakaian bengkung yang kemas dan kejab dapat membantu mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dengan lebih cepat. Ia juga dapat mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu-ibu yang menyusu anak. Biasanya mereka akan duduk dalam posisi yang tidak betul. Baik untuk menyokong tulang anda kerana selepas bersalin berat tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang anda. Selain itu, ia juga menyokong dan menguatkan otot-otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.

6) Adakah bengkung ini hanya untuk wanita bersalin sahaja?
Tidak. Ia boleh dipakai oleh sesiapa sahaja termasuk lelaki!

7) Perlukah memakai minyak dengan bengkung? Minyak berubat boleh digunakan sebagai pelembab kulit. Ianya bagi mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.

"UNTUK RENUNGAN BERSAMA"
~ Sesetengah kita mungkin berfikir tidak perlu mengambil berat penjagaan selepas bersalin.
~ Namun adakah anda sedar penjagaan ini penting untuk kesihatan dalam jangka masa panjang. ~ Kebanyakan kita memandang ringan kerana kita akan berasa sihat dan kembali cergas selepas bersalin.
~ Tetapi apabila umur makin meningkat, badan kita akan mula merasai kesannya.
~ Begitu juga dengan penggunaan bengkung. Jika kita memakai bengkung dengan cara yang betul, badan kita akan kembali mengecil dan langsing.
~ Tidak perlu menghabiskan wang dengan banyaknya kemudian hari untuk kembali ramping.
~ Kaedah moden seperti balutan pada badan, konsepnya sama seperti berbengkung.

Jadi kenapa perlu membuang duit anda!